CARA MENCEGAH JERAWAT SECARA ALAMI
Apakah Jerawat?
Sebelum kita masuk ke topik cara mencegah jerawat, seeloknya kita mengetahui apa itu jerawat. Jerawat atau dalam bahasa mediknya dikenali sebagai Ance Vulgaris yang merupakan penyakit kulit yang kebiasaannya dialami oleh kita semua. Kulit yang berjerawat semestinya menganggu penampilan seseorang itu. Pada umumnya jerawat menyerang pada daerah wajah namun jerawat juga menyerang di bahagian badan lain seperti leher, dada, lengan, ketiak dan kadang-kadang ke bahagian pinggang.
Jerawat terhasil kerana terjadinya keadaan di mana liang pori-pori seseorang itu tersumbat dan berminyak. Jerawat terjadi bila kelenjar minyak mengeluarkan terlalu banyak minyak dan sebum di kulit terutamanya di muka , dada dan belakang iaitu kawasan yang mempunyai banyak bulu roma. Liang minyak yang tersumbat akan menjadi bintik putih jika ia terjadi di bawah kulit atau bintik hitam jika di lapisan luar kulit. Kulit akan menjadi kemerahan jika radang terbentuk di sekeliling liang tersebut. Lebih besar kawasan radang lebih mudah terbentuk nanah dan akan meninggalkan parut jerawat jika tiada penjagaan dan ubat yang sesuai. Menghilangkan parut jerawat lebih sukar bila penjagaan muka diabaikan. Wajah muka yang penuh dengan parut jerawat sudah tentu menghilangkan seri dan keyakinan diri.
Jerawat kebiasaannya terjadi ketika di usia remaja kerana pada waktu ini terdapat peningkatan hormon seseorang itu. Namun jerawat akan berkurang dari waktu ke waktu sehingga usia dewasa. Kebanyakan jerawat akan hilang sendiri jika kulit sentiasa bersih dan sihat. Tetapi sesetengahnya boleh menjadi teruk dan kronik.
Terdapat banyak produk kecantikan yang terdapat dipasaran untuk mencegah jerawat. Disebabkan adanya jerawat yang mengganggu penampilan seseorang itu maka ramai yang sanggup berhabis duit tanpa menyedari sebenarnya jerawat ini boleh kita atasi secara semulajadi. Mengunakan produk kecantikan memang satu jalan mudah namun tidak semua produk kecantikan sesuai dengan kulit seseorang. Jadi sekiranya kita salah memilih produk kecantikan, kemungkinan akan memberikan impak atau kesan buruk kepada kulit kita.
Penyebab Jerawat
Terdapat beberapa faktor yang menyebakan jerawat. Antaranya:
- Faktor hormon terutama untuk perempuan dalam lingkungan umur subur adalah punca utama terjadinya masalah jerawat. Majoritinya adalah dalam belasan tahun dan awal 20 'an.
- Faktor seperti ahli keluarga yang banyak jerawat juga memainkan peranan.
- Penggunaan pil perancang, ubat steroid, vitamin B12.
- Kosmetik, pakaian yang ketat atau apa saja yang menutup liang minyak memberi masalah jerawat di kulit.
- Sesetengah dari jerawat timbul dari ketegangan dan stress emosi yang dihadapi setiap hari. Ini mungkin dari penghasilan minyak dan sebum dikulit yang bertambah.
- Terdedah kepada asap dan bahan kimia atau faktor alam sekitar seperti cuaca panas.
- Jangkitan daripada bakteri akibat kurangnya perhatian terhadap kebersihan wajah
Cara mencegah jerawat
Adalah lebih baik mencegah sebelum merawat. Mencegah jerawat merupakan langkah terbaik dalam menangani kulit berjerawat. Beberapa langkah berikut dapat anda lakukan untuk mencegah jerawat antaranya ;-
- Menjaga kebersihan kulit
- Tidak memicit jerawat anda
- Memakai produk rawatan kulit yang tepat dan bersesuaian dengan kulit muka
- Menjaga pola makan yang sihat
- Menghindari stress
- Istirahat yang cukup.
- Basuh kulit setiap hari tapi jangan terlalu kasar atau kerap.
- Gunakan pencuci kulit muka yang lembut dan berair. Pencuci yang mengandungi granule boleh juga digunakan.
- Cuba elakkan sauna muka kerana ia mungkin menjadikan jerawat bertambah teruk.
- Jaga pemakanan anda. Elakkan makanan yang mungkin membuat jerawat lebih teruk. Setiap orang mempunyai alahan kepada jenis makanan yang berlainan dari orang lain.
- Dapatkan rehat yang cukup kerana jerawat mungkin timbul dari perasaan tertekan, bermasalah dan badan yang letih.
- Memakai pakaian bersenam atau harian yang longgar. Memakai pakaian ketat, tudung atau headband ketat dari kain yang tidak meresap peluh menambahkan pengeluaran minyak dan risiko jerawat dari kulit berminyak.
- Pilih fesyen rambut yang tidak terlalu menutup wajah dan jaga rambut supaya tidak berminyak yang biasanya datang dari kulit kepala yang kuat berpeluh.
- Penggunaan bahan penjagaan rambut berminyak harus dielak.
- Ikat rambut ketika tidur supaya tidak menutup muka.
- Guna mekap muka berasaskan air. Beli mekap yang "noncomedogenic" atau "nonacnegenic".
- Basuh mekap sebelum tidur.
- Jangan terlalu banyak menggunakan pelembab kulit muka terutamanya waktu malam.
- Elak cahaya ultra ungu matahari atau lampu. Pendedahan yang melampau atau lama merosakkan kulit dan lapisan kulit akan menjadi tua premature dan menutup liang sebum.
- Jangan picit jerawat kerana ia akan menambahkan radang pada kulit dan kulit akan menjadi berlubang dan berparut.
Cara merawat jerawat secara alami
Air
Minum air putih secara teratur setiap hari adalah antara cara mencegah jerawat secara alami kerana ianya dapat membantu pembuangan racun dari tubuh.
Bawang Putih
Ada dua cara dalam menggunakan bawang putih untuk mengubati jerawat. Cara pertama dengan menumbuk dua atau lebih bawang putih hingga lumat lalu disapukan ke bahagian wajah yang berjerawat. Biarkan hingga 10 minit kemudian barulah basuh muka anda. Cara kedua iaitu dengan makan satu atau lebih bawang putih setiap hari. Banyak yang menyatakan cara kedua ini cukup efektif, namun bagi anda yang tidak suka dengan bau bawang putih mungkin lebih baik menggunakan cara yang lain.
Putih Telur
Caranya pisahkan kuning telur lalu ambil putih telurnya sahaja. Kacau seketika kemudian disapukan ke wajah dan dibiarkankan hingga 15 minit. Putih telur ini bermanfaat untuk mengurangkan minyak di wajah yang seringkali menyebabkan timbulnya jerawat.
Pasta Gigi
Dalam menggunakan ubat gigi untuk merawat jerawat adalah diketahui umum. Ianya bukan ubat gigi yang berupa gel tetapi menggunakan ubat gigi yang berupa pasta. Caranya sapukan ubat gigi ke wajah anda yang berjerawat dan bahagian badan yang lain yang terkena jerawat dilakukan sebelum tidur. Biarkan semalaman hingga pagi kemudian basuh dengan air bersih.
Lidah Buaya
Ambil satu lidah buaya, potong menjadi beberapa bahagian serta kupas kulit luarnya. Lalu sapukan di bahagian yang timbul jerawat dan lakukan berulang-ulang setiap pagi. Jika anda cukup rajin melakukannya, jerawat akan cepat mengering dan mengelupas selama 3 hari.
Tomato
Buah yang satu ini selain bermanfaat untuk kesihatan mata juga berkesan merawat jerawat. Caranya hiris tomato menjadi dua bahagian lalu sapukan ke seluruh wajah yang berjerawat dan biarkan hingga 15 minit atau 1 jam kemudian basuh.
Lemon/Jeruk Nipis + Air Mawar
Buah limau/Jeruk nipis mengandung asid sitrik yang banyak. Asid citric ini bermanfaat untuk memindahkan sel-sel kulit mati yang boleh menyebabkan jerawat. Caranya iaitu dengan menggabungkan jus/perasa lemon dengan air mawar kemudian sapukan di wajah selama 10 minit selepas itu basuh denagn air suam. Cara ini dilakukan selama 15 hari.
Jeruk Nipis
Limau mengandungi unsur-unsur sebatian kimia antara lain limonene, linalin asetat, geranil asetat, fellandren, sitral, dan asam sitrat. Untuk mencegah kedutan hiris limau nipis lalu picit untuk diambil airnya. Tambahkan satu sudu makan minyak kayu putih dan satu perempat sudu kapur sirih dan kacau sampai rata. Pakai ramuan ini sebagai bedak setiap malam.
Pisang
Buah pisang mengandungI pelbagai vitamin, seperti vitamin A, B kompleks, dan C. Ianya sebagai pelembab kulit wajah. Ambil pisang yang sudah masak lalu hancurkan dan tambahkan minyak zaitun. Gunakan dan ulangi secara teratur ramuan tersebut sebagai bedak.
Strawberi
Buah strawberi ini banyak mengandungi asid salisilik yang merupakan salah satu jenis asid beta-hidkroksi yang membantu menegangkan kulit, silica, serta vitamin B, C, E, dan K yang berfungsi menyihatkan dan meremajakan kulit.
Anggur
Buah anggur ini banyak mengandungi mineral, kalsium, magnesium, potassium, vitamin B1, B2, B3, B5, B6, C, dan kompaun-kompaun flavonoid. Hampir semua jenis anggur yang berbeza, boleh digunakan untuk losyen. Perlu diperhatikan bahawa jus anggur yang telah dibuat perlu ditapis terlebih dahulu. Lalu disapukan pada wajah dengan menggunakan kapas dan biarkan selama 20 minit. Selepas 20 minit bilas dengan air mawar. Losyen anggur boleh digunakan setiap hari kerana baik untuk semua jenis kulit mulai dari kulit kering , lembab, ataupun kulit yang rosak.
Lemon
Buah limau banyak mengandungi vitamin A, C, B1, B2, dan B3 yang sangat baik untuk kulit berminyak namun losyennya juga sesuai untuk kulit normal. Dapat digunakan setiap hari. Untuk membuat losyennya tambah satu sudu teh jus lemon pada putih telur yang telah dikacau. Sapukan pada wajah dan biarkan selama 10 minit. Setelah itu bersihkan dengan air mawar atau air suam.